pabila senduk cikgu menari
Isnin, 27 Mei 2013
Jumaat, 15 Februari 2013
udang sambal petai..
salam..pagi ini saya share masakan yang biasa mak2 kat rumah masak..time cuti rasanya nie menu yang terbaik untuk dilaksanakan..nasi lemak + sambal udang & petai + ikan cencaru bakar = so selamat mencuba!
udang masak sambal petai
Bahan-bahan ( 1 mangkuk kecil )
ikan cencaru bakar....
udang masak sambal petai
Bahan-bahan ( 1 mangkuk kecil )
- Lebih kurang 300g Udang (ikut suka nak guna saiz kecil/besar)
- 1-3 keping petai - di kopek
- 4-5 ulas bawang merah kecil
- 6-7 sudu besar cili kering mesin - bubuh lebih kalau nak lebih sambal/kuah
- Seketul kecil belacan
- Sedikit asam jawa
- 1/2 - 1 biji bawang besar - hiris tebal membulat
- Garam, gula
Cara-cara
- Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili mesin. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi.
- Masukkan petai, udang, bawang besar, garam & gula secukup rasa. Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga petai betul2 masak.
- Hidangkan dgn nasi lemak panas dan ikan bakar... meleleh air liur...
ikan cencaru bakar....
Khamis, 14 Februari 2013
familyday at bagan lalang
maklong membantu adik dalam acara mengisi air mengunakan span...
ini pula acara make-up dari suami....abis muka den dikerjakan tapi jangan terkejut..kami juara dalam acara ini!!
Hujung minggu lepas kami sekeluarga (sebelah suami) mengadakan hari keluarga di Bagan Lalang Sepang Selangor.Ini buat kali-2 (sebelum ni buat port dickson) selepas hampir 3tahun tidak terlaksana...akhirnya kami berjaya menjayakan program tahun ini bagi mengeratkan lagi kekeluargaan dari kalangan kami...Untuk tahun depan..kami bercadang akan ke Johor bagi Familyday untuk kali ke 3..insyaalah
Khamis, 31 Januari 2013
CrePe DuriAn YuMmy
CREPE DURIAN
Nak cerita skit lah pasal makanan/ pemanis mulut yang satu ni. Dari hari pertama start dengar nama makanan ini disebut2 saya dah teruja nak rasa dan dapatkannye (ala mcm org mengidam sesuatu) mcm tu lah saya rasa. Akhirnya dapat jugak lah cari kat internert. sekali dah rasa punya lah x ingat dunia. mcm rasa mkn durian sebenar.musang king! tiga kali repeat order. anak saya yg sulong tu pun suka sgt.
Ada satu hari tu terdetik gak dlm hati ni nak cuba, so saya pun cuba lah buat ikut resipi kat internet. payah jugak nak buat crepe dia. bila siap suh anak saya rasa. yg tak tahan dialog dia'' Mama nape kek durian ni x sedap''. so confirmlah saya gagal dan terus malas nak buat. So kat bawah ni saya kongsi resipi crepe durian, so boleh la korang try :)
DURIAN CREPE WITH CREAM CUSTARD FILLING
CREPE
40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste
Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis
Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu
Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.
CREAM CUSTARD FILLING
1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~ tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.
Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan
Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.
Selamat Mencuba

Rabu, 30 Januari 2013
Dunia Masakan Cikgu
Ok kat blog ni saya nak kongsi dengan semua tentang minat saya dalam dunia masakan. bnyk resipi yg akan saya kongsi dengan anda semua dari semasa ke semasa. Antara menu yg saya selalu masak kat dapur saya adalah dengan merujuk gambar di bawah.....
Asam Pedas Ikan (Ape2 ikan pun x kisah)
Kenapa saya suka masak lauk ni? sebab lauk ni lauk rasmi org Melaka dan yg penting sekali ini lah lauk kegemaran suami saya yang tercinta. Hari2 lauk ni pun dia x kisah. dah dr kecik mak dia (mak mentua saya la skang ni kan) masakkan lauk ni. tukar jenis ikan je....so ini saya kongsikan resipi Asam Pedas saya dengan anda semua...selamat mencuba ye :)
bahan2 nya
1/2 ekor ikan tenggiri batang-saya guna 6 keping-bersihkan gaul sedikit dgn serbuk kunyit dan ketepikan
1 batang terung panjang-di belah dua dan di kerat 4.rendam dlm air sejuk sebentar (bendi pun best)
15 tangkai cili kering-di kisar

sedikit serbuk kari (ini resipi turun temurun dr wan saya ke mak saya dan seterusnya saya)
1 labu bawang besar-di kisar
3 ulas bawang putih-di kisar
sedikit belacan-jika suka-di kisar
3 batang daun kesum-ambil daunnya
1 labu bawang besar-di kisar
3 ulas bawang putih-di kisar
sedikit belacan-jika suka-di kisar
3 batang daun kesum-ambil daunnya
1 batang bunga kantan-di belah dua
garam secukup rasa
1 mangkuk air asam jawa-agak2 le
1 inci kunyit hidup (lagi sedap dr kunyit serbuk)
minyak untuk menumis
cara
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
Setelah terbit minyak, masukkan garam
Masukkan air asam jawa.
Masukkan juga ikan dan daun kesum.
Bila sudah mendidih masukan terung/bendiyang sudah di toskan airnya dan juga bunga kantan.
Jerang hingga terung masak.
Renihkan sebentar dengan api perlahan dan tutup api.Sedia untuk di hidangkan.

ANAK2 IBU....

Nak cerita sikit pasal mereka berdua ni......yang sulung namanya Auni Zahra dan yang kedua namanya Muhammad Anas. Ini lah buah hati saya. tapi ada lagi sorang buah hati saya. tapi yang tu nanti2 lah saya story sebab dia x suka inteframe hehehehehe.

HAAAA.....cer teka ape yang dia buat? bersenam? pandai......ni lah aktiviti yang dia selalu buat kalau gi taman. Tiap2 petang balik taska kalau boleh nak ajak saya gi taman. tapi x dapek nak nolong eh. biasanya ptg2 minggu baru dapat gi taman and masa tu lah dia lepaskan gian main. Auni ni atau lebih senang ku panggil kakak ni seorang yang sangat aktif dan kuat bercakap serta rajin belajar (mak dia je kdg2 malas nak ajar).
Masa makan bercakap, masa nak tido bercakap, masa tgk tv bercakap, masa buang air pun bercakap...itu lah anak sulung ku Auni..
Inilah Hero ku Anas
Ni lah anak teruna saya.....cer tengok gambar tu...tu lah hobi dia.pantang nampak air mesti kuar ayat ni. Ibu nak andi (dia ni pelat sebenarnya) Walaupun dah masuk tiga tahun tapi kurang mahir berbicara. x mcm kakak dia. sebab tu saya ngan ayah dia panggil dia 'baby', sebab masih mcm baby. Kuat nangis dan merajuk (macam mak dia)......dan yang penting kite panggil dia baby sebab masih menyusu badan....
Langgan:
Catatan (Atom)