Jumaat, 15 Februari 2013

udang sambal petai..

salam..pagi ini saya share masakan yang biasa mak2 kat rumah masak..time cuti rasanya nie menu yang terbaik untuk dilaksanakan..nasi lemak + sambal udang & petai + ikan cencaru bakar = so selamat mencuba!

      udang masak sambal petai

 Bahan-bahan ( 1 mangkuk kecil )
  • Lebih kurang 300g Udang (ikut suka nak guna saiz kecil/besar)
  • 1-3 keping petai - di kopek
  • 4-5 ulas bawang merah kecil
  • 6-7 sudu besar cili kering mesin - bubuh lebih kalau nak lebih sambal/kuah
  • Seketul kecil belacan
  • Sedikit asam jawa
  • 1/2 - 1 biji bawang besar - hiris tebal membulat
  • Garam, gula

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili mesin. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi.
  2. Masukkan petai, udang, bawang besar, garam & gula secukup rasa. Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga petai betul2 masak.
  3. Hidangkan dgn nasi lemak panas dan ikan bakar...  meleleh air liur...

ikan cencaru bakar....

Khamis, 14 Februari 2013

familyday at bagan lalang

                                  adik & kakak bersedia untuk acara lari bawa bola gunakan sudu..



                                maklong membantu adik dalam acara mengisi air mengunakan span...


ini pula acara make-up dari suami....abis muka den dikerjakan tapi jangan terkejut..kami juara dalam acara ini!!



Hujung minggu lepas kami sekeluarga (sebelah suami) mengadakan hari keluarga di Bagan Lalang Sepang Selangor.Ini buat kali-2 (sebelum ni buat port dickson) selepas  hampir 3tahun tidak terlaksana...akhirnya kami berjaya menjayakan program tahun ini bagi mengeratkan lagi kekeluargaan dari kalangan kami...Untuk tahun depan..kami bercadang akan ke Johor bagi Familyday untuk kali ke 3..insyaalah