Jumaat, 15 Februari 2013

udang sambal petai..

salam..pagi ini saya share masakan yang biasa mak2 kat rumah masak..time cuti rasanya nie menu yang terbaik untuk dilaksanakan..nasi lemak + sambal udang & petai + ikan cencaru bakar = so selamat mencuba!

      udang masak sambal petai

 Bahan-bahan ( 1 mangkuk kecil )
  • Lebih kurang 300g Udang (ikut suka nak guna saiz kecil/besar)
  • 1-3 keping petai - di kopek
  • 4-5 ulas bawang merah kecil
  • 6-7 sudu besar cili kering mesin - bubuh lebih kalau nak lebih sambal/kuah
  • Seketul kecil belacan
  • Sedikit asam jawa
  • 1/2 - 1 biji bawang besar - hiris tebal membulat
  • Garam, gula

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili mesin. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi.
  2. Masukkan petai, udang, bawang besar, garam & gula secukup rasa. Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga petai betul2 masak.
  3. Hidangkan dgn nasi lemak panas dan ikan bakar...  meleleh air liur...

ikan cencaru bakar....

Tiada ulasan: