Rabu, 30 Januari 2013

Dunia Masakan Cikgu

Ok kat blog ni saya nak kongsi dengan semua tentang minat saya dalam dunia masakan. bnyk resipi yg akan saya kongsi dengan anda semua dari semasa ke semasa. Antara menu yg saya selalu masak kat dapur saya adalah dengan merujuk gambar di bawah.....



Asam Pedas Ikan (Ape2 ikan pun x kisah)

Kenapa saya suka masak lauk ni? sebab lauk ni lauk rasmi org Melaka dan yg penting sekali ini lah lauk kegemaran suami saya yang tercinta. Hari2 lauk ni pun dia x kisah. dah dr kecik mak dia (mak mentua saya la skang ni kan) masakkan lauk ni. tukar jenis ikan je....so ini saya kongsikan resipi Asam Pedas saya dengan anda semua...selamat mencuba ye :)
bahan2 nya

1/2 ekor ikan tenggiri batang-saya guna 6 keping-bersihkan gaul sedikit dgn serbuk kunyit dan ketepikan
1 batang terung panjang-di belah dua dan di kerat 4.rendam dlm air sejuk sebentar (bendi pun best)
15 tangkai cili kering-di kisar
sedikit serbuk kari (ini resipi turun temurun dr wan saya ke mak saya dan seterusnya saya)
1 labu bawang besar-di kisar
3 ulas bawang putih-di kisar
sedikit belacan-jika suka-di kisar
3 batang daun kesum-ambil daunnya 
1 batang bunga kantan-di belah dua
garam secukup rasa
1 mangkuk air asam jawa-agak2 le
1 inci kunyit hidup (lagi sedap dr kunyit serbuk)
minyak untuk menumis

cara

Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
Setelah terbit minyak, masukkan garam
Masukkan air asam jawa.
Masukkan juga ikan dan daun kesum.
Bila sudah mendidih masukan terung/bendiyang sudah di toskan airnya dan juga bunga kantan.
Jerang hingga terung masak.
Renihkan sebentar dengan api perlahan dan tutup api.
Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan: